I follow... :)

Jenis-jenis Whipping Cream

kredit to K1
Whipping Cream, Masih keliru dengan kedua cream ini??? Kedua-duanya adalah whipping cream (krim putar) yang mempunyai fungsi yang sama iaitu digunakan dalam penyediaan continental cake, dessert, ice-cream, topping.

secara ringkas perbezaan antaranya adalah dari segi kandungan bahan, cara kegunaan dan penyimpanan

1. Whipping Topping Cream atau di panggil Non-Diary Whip Cream
Kandungan : Minyak Kernel Sawit, Sirap Jagung (baca bahan pada kotak) tiada kandungan lemak dari susu
Tekstur : Mudah kental apabila di pukul mengembang 2 x ganda, rasa manis
Kegunaan : Sebagai Topping dan Filling untuk kek continental seperti Black Forest, Fruit Flan, Banana Choc dan lain-lain.
Kaedah Penyimpanan : Simpan di tempat beku (Freezer), tahan 1 bulan selepas dibuka
Jenama di Pasaran : Rich's, Shine Road, Value Pride, Golden Peak
Dimana Saya boleh mencarinya ? :  Dikedai-kedai Bekalan Bakery, di Pasaraya jarang di dapati.


2. UHT Whipping Cream atau di panggil Dairy Whipping Cream @ Double Cream @ Thickened Cream
Kandungan : Pepejal susu
Tekstur : Lebih pekat dari susu segar (UHT full cream milk) tidak mengembang apabila dipukul, Rasa tawar
Kegunaan : Sebagai bahan campuran dalam membuat Cheese Cake, Tiramisu, Mousse, Dessert, Ice-cream dan Ganache (tidak sesuai untuk topping kek)
Kaedah Penyimpanan : Simpan dalam peti sejuk (Chiller) tidak perlu dibekukan, tahan 1 minggu selepas dibuka.
Jenama di Pasaran : Anchor, Emborg, Pauls,Shani, Greenfields, Bridel
Dimana Saya boleh mencarinya ? :  Dikedai-kedai Bekalan Bakery dan Pasaraya juga boleh di dapati.
UHT - Ultra High Temperature

8 comments:

  1. oh terima kasih atas info ni.patut la sy guna pauls dan emborg hr tu x berapa menjadi krim sy. anyway non diary whipping cream tu ssh btl nk cari kt pasaraya.. :(

    ReplyDelete
  2. sama-sama Teha..Non Diary Whip Cream ni mmg susah dapat kat pasaraya..kalau ada tu pon kira bonus la...nak senang carik kat kedai bakeri...mmg ade...

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas maklumat ini.... td saya baru buat durian crepe. Saya guna guna uht whipping creme... patutlah tak menjadi... anak-anak cakap macam bau lembu..at last durian crepe masuk tong sampah... lps tu baru teragak nak google pasal jenis2 whipping cream...

    ReplyDelete
    Replies
    1. laaa...sayangnye..tak pe, kita belajar dari kegagalan. harap2 berjaya la kali ni awak punya durian crepe tu..kami sekeluarga suka filling blueberry..bila makan tu tak muak / loya..masam2 gitu.. cuba arr...pasti tertawan habissss

      Delete
  4. tq atas info ni..alamak saya baru je beli jenama ANchor tu ,plan untuk pavlova raya nanti.Sebab picture kat depan dia macam boleh buat topping je.Tertipu kawan..huhu

    ReplyDelete
  5. Patot la xjd sy pnye krim pavlova...sy beli jenama ANCHOR...so kne pg kdai blek la crik...huhu

    ReplyDelete
  6. kalau qwip dessert cream tu utk ape ?

    ReplyDelete
  7. Sy beli jenis uht whipping cream brand pauls tu. Nak guna utk buat chocolate ganache. Boleh ke?

    ReplyDelete