CRYSTAL BALL
BISKUT ICE-CREAM
ni baru je sebahagian kuih raya akk..
akan di hapdetkan nanti...
bersama-sama resepi..
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
seperti yang telah dijanjikan..ni resepi biskut crystal ball tu..
RESEPI BISKUT CRYSTAL BALL
Bahan - bahan :
125 gram tepung gandum
63 gram gula halus
63 gram minyak sapi
coklat cip/kacang tanah / kacang hazel (ni idea sendiri)
pewarna merah, biru, hijau (ikut suka hati)
sedikit gula halus untuk hiasan
Cara-cara membuatnya :
1. Gaul semua bahan hingga jadi doh...Bila dah jadi doh, bahagkan kepada 3-4 bahagian
2. Warnakan ikut warna kegemaran..
3. Bila dah warnakan, uli doh tadi bentuk memanjang..pastikan sama panjang ye..
4. Pastu satukan doh-doh tadi. Biar melekat antara satu sama lain. Teknik ni lagi cepat berbanding cubit sikit2 doh tu...leceh..
5. Potong ikut nak besar mana..pastu bulatkan...Tekan kat tengah2 dah masukkan inti (kacang/coklat cip) atau tak nak letak pon tak pe..
6. Ulang semua step sampai habis adunan tadi..dan bakar sampai masak..Akk bakar guna suhu 175 darjah selama 20 minit...ikut oven masing2..
7. Bila dah masak..tunggu sampai biskut ni sejuk sikit baru golekkan atas gula halus..kalau golek terus masa panas, alamat cair la gula tu...
8. Senangkan..Yang pasi memang sedap...
No comments:
Post a Comment