I follow... :)

Kek Coklat

KEK COKLAT LEMBAP (KUKUS)


KEK COKLAT LEMBAP (KUKUS)


ni plak kek cekelat moist kukus..
ni untuk letak
kat kedai...aka tumpang kedai orang..
bukan kedai sendiri yekkk..
dan kebanyakkan kastemer
mintak akk buat kek cekelat ni..
so..kita turut kan sahaja...


High Fiber Cheese Cake

ari tu pernah la makan kat Sikeret Resepi tu...
tgk kek ni macam menarik je...so try arr

tapi biasala kan..rasa cheese dia kureng..cream je lebih..

so akk dengan gigih mencari resepi..
nak buat sendiri jugak sbb rasa tak memenuhi piawaian tekak ni
(memandai je kan)

gi arr sekodeng dapur2 orang ni..
 
yeayyy..dapat...so buat la...dan ini hasilnya..

resepi ni dapat dari dapur K1
abaikan mende2 yang bertabur tu..
  
biasala bertaburan tu kan..amatur la katakan 
hehehheh apa-apa pun  adik beradik kak puteri suka..
derang kata sedap....ini yang kali ke-2 buat...
ini buat untuk adik ipar..
saja je nak rasa katanya...bahanpun ada lebih kurang..
so akak pon buat..tu yang kecik dan nipis..
walaupon kecik..tapii
rasanye MELETOPZ okay...
hahah..suka2 je puji diri sendiri...
kali pertama buat kat perak tak sempat nak amik gambar...
tinggal serdak2 kek je..

Nak resepi???Leh je..jom kita tgk.Credit to tuan punya resepi K1..


RESEPI HIGH FIBER CHEESE CAKE
Bahan Base
100gm oats
80gm cornflakes, di ramas halus
100gm raisins
3 tbsp gula perang
125gm mentega (di potong kecil)
1 tbsp madu/golden syrup

Filling
750gm cheese (pada suhu bilik)
100gm gula perang
170gm madu/golden syrup
1 1/2 tsp esen vanilla
30gm tepung jagung
300gm UHT whipping cream
4 biji telur (di pukul sedikit)
80gm wheat germ (di panggang sedikit)
100gm pistachios/walnuts (di cincang kasar)

Topping
80gm multi grain (cmpuran wheat germ,oats,cornflakes,raisins)
2 tbsp gula perang
(Gaulkan semuanya)

Loyang 9" (Loose Base Tin)

Cara-cara
1. Gris tepi loyang dan Panaskan oven pada suhu 180C.
2. Cairkan mentega dan gaul bersama bahan base dan masukkan ke dalam loyang. Tekan padat dengan belakang sudu. Bakar selama 20 minit hingga keperangan. Keluarkan dari oven dan ketepikan.
3. Filling : Pukul cream cheese, gula, madu dan esen vanilla hingga berkrim. Masukkan tepung jagung, whipping cream dan telur, pukul hingga sebati. Masukkan wheat germ dan pistachios, gaul rata.
4. Tuang adunan filling ke atas lapisan base dan tabur dengan bahan topping di atasnya.
5. Bakar secara bain marie(water bath) selama 60 minit. Tutup oven dan biarkan cake di dalamnya selama 30 minit. Keluarkan dari oven dan longgarkan tepinya dengan pisau.
6. Biarkan sejuk, baru di masukkan ke dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman sebelum di potong.
7. Jika bahan2 sukar di dapati, boleh juga menggunakan breakfast cereals sebagai pilihan.