Abaikan rupa kek yang kurang kemas itu ekk... |
buat da lama..sekarang baru nak upload dalam blogzz..
biasa la..amatur yang buat..potong kek pon tak sama rata..
janji rasanye sedap...
beli kat sekeret resepi..mahal sangat sepotong
so akak pon carik la resepi...jumpa terus buat...
nak resepi??? boleh jeee...Tapi kene baca betul2 dan pahamkan cara2 nye dulu..
nak buat kek ni kene bersabar dan berselawat banyak kali....
moga2 usaha kita ni berjaya..AMINNNN
RESEPI CHOCOLATE INDULGENCE
Coklat Chiffon
Bahan A
30 gram serbuk koko (larutkan dengan 120ml air suam)
4 biji kuning telur
100 gram gula kastor
130 gram tepung kek
1 sk soda bikabonat
60ml minyak jagung
1 sk ese vanilla
Bahan B
4 biji putih telur
60 gram gula kastor
1/4 sk cream of tartar
Cara-caranya :
1. Panaskan oven pada suhu 180 darjah.
2. Satukan bahan A dan pukul (high speed) sampai kembang
3. Mangkuk lain, bahan B pukul (high speed) sampai kental. (kalau terbalikkan mangkuk tak jatuh)
4. Satukan bahan A dan B secara kaup balik menggunakan senduk kayu/plastik saje.
5. Masukkan dalam loyang 9' yang telah dilengserkan tapaknye saje dan bakar selama 40 minit. Akk guna ap bawah sahaja.
6. Bila dah masak, keluarkan dari oven dan telangkupkan loyang tadi atas redai. biar sampai sejuk, baru keluarkan dari loyang...
Filling : Mousse Coklat Hitam
200 gram coklat msakan hitam
2 biji kuning telur (pukul sikit)
2 biji putih telur (pukul sampai bertanduk)
60 gram gula kastor
1/2 sb butter
250ml Anchor whipping cream tawar (pukul sampi kental)
11/2 sb gelatin
50ml air
cara-caranya :
1. Rendamkan gelatin dengan air sampai kembang. Bila dah kembang, cairkan secara double boiler hingga larut. Ketepikan.
2. Cairkan coklat hitam (double boiler), bila dah cair masuk telur, butter dan gelatin.
3. Dalam mangkuk lain, putih telur dan gula di pukul hingga bertanduk, dan masukkan kedalam adunan coklat yang masih panas tadi secara kaup balik, kemudian masukkan whipping cream yang telah dipukul kental. Kaup balik hingga rata.
4. Masukkan dalam peti sejuk beku selama 4 jam. Pastu keluarkan, pukul guna high speed hingga kental (bertanduk)
Filling : Mousse Coklat Putih
200 gram coklat masakan putih
100ml susu segar UHT
2 biji kung telur (pukul sikit)
2 biji putih telur (pukul sampai bertanduk)
60 gram gula kastor
250ml Anchor whipping cream tawar (pukul sampi kental)
2 sb gelatin
50ml air
cara-caranya :
1. Rendamkan gelatin dengan air sampai kembang. Bila dah kembang, cairkan secara double boiler hingga larut. Ketepikan.
2. Cairkan coklat putih (double boiler), bila dah cair masuk telur dan gelatin.
3. Dalam mangkuk lain, putih telur dan gula di pukul hingga bertanduk, dan masukkan kedalam adunan coklat yang masih panas tadi secara kaup balik, kemudian masukkan susu dan whipping cream yang telah dipukul kental. Kaup balik hingga rata.
4. Masukkan dalam peti sejuk beku selama 4 jam. Pastu keluarkan, pukul guna high speed hingga kental (bertanduk)Topping Coklat Ganache
350 gram coklat masakan hitam
150 ml whipping cream (tawar)
1 sb butter cair
cara-caranya :
1. Masak secara double boiler, panaskan whipping cream hingga berbuih kat tepi periuk tu.
2. Masukkan coklat dan butter cair dan kacau sampai cair dan tuang atas kek tadi.
Tips:
Kalau nak piping coklat ganache atas kek, sejukkan dulu ganache ni dalam peti sejuk selama 4 jam.(bukan tempat beku yee) Pastu keluarkan dan kacau dengan hand whisk hingga rata pastu masukkan dalam piping bag bersama nozzle pilihan dan pipekan diatas kek ikut kreativiti sendiri.
Cara-cara nak buat lapisan :
1. Keluarkan kek chiffon yang sejuk tadi tadi acuan. Potong 4 bahagian
2. Lapisan pertama : Guna loose base tin 9' : Letak kek sebagai dasar. Pastu tuang mousse coklat putih diatas dan ratakan
2. Lapisa kedua : Letak kek atas mousse putih tadi, pastu tuangkan pulak mousse hitam atas lapisan kek ke-2 dan ratakan
3. Lapisan ke-3 : Letak kek atas mousse hitam tadi, pastu tuang pulak mousse putih diatas lapisan kek-3 dan ratakan
4. Simpan dalam peti sejuk semalaman. Pastu keluarkan dari kek dari acuan tadi.
5. Sapu tipis baki mousse hitam seluruh kek, pastu masuk peti ais selama 4 jam.
6. Keluarkan dari peri sejuk. Letak atas redai kek dan tuang coklat ganache atas kek tadi.
7. Biar ganache tu mengeras baru hias.
8. Kalau nak potong kek, rendam pisau dalam air panas, lap pastu potong.
haaa kan dah siap..kerjanya memang remeh sikit tapi hasilnya....SUPERB...
wahhh.....pandai nya awak buat kek ni mcm 100% secrete resipi la nak try buat lah utk hari raya ni :)
ReplyDeleteassalamualaikum, ak tanya, mne nk beli gelatin yang halal ye? saya dh lama mencari tp x jmpa, byk nk try resepi trbantut =(
ReplyDelete