comot tul kek nihh |
pemotongan tidak mengikut stendet!!! |
tiramisu lagikkkkk
yang di order oleh anak bujang akak...
kalau buat ni..sekejap je habis..
tak sempat kek tu bernyawa 1 hari..
sekejap je habis..
akk buat yang paling simple je..
x de letak air nescafe/kopi..
sebab anak2 tak suka makan yang terlalu moist..
kalu yang macam ni..memang laju la...
nak resepi???ni yang paling senang akk buat la...
TIRAMISU SIMPLY PUTERI'S OVEN
poyo je nama tu kann...
bahan-bahannya :
1 biji kek span / kek chiffon pon boleh
(selalu buat sendiri je..)
1 kotak whipping cream (any brand)
1 buku cream cheese
1/2 cawan gula halus
1 cawan yougurt
sedikit serbuk koko untuk hiasan.
cara-caranya :
1. Pastikan cream cheese dalam suhu bilik. Pukul cheese sampai kembang.
2. Pastu masukkan gula. Pukul lagi.
3. Masukkan whipping cream berselang seli deangan yogurt..pukul lagi..
4. Potong kek span pada beberapa bahagian ataupon ikut kreativiti masing-masing yekk..
5. Lapisan pertama : Letak kek span pastu baru letak cream cheese tadi. Rata-ratakan.
6. Ulangi langkah ke-5 tadi sampai habis. Nak rata letak dalam springform pan. Sebab bila kita kuarkan nati nampak cantik.
7. Dah siap masuk dalam peti ais dalam setengah jam atau semalam pon.Pastu baru hias dengan serbuk koko...
Senangkan....apa lagi cuba le..nak letak air nescafe pon boleh..tapi anak-anak tak suka..so buat la macam ni..memang sedapppp...
No comments:
Post a Comment