I follow... :)

Kek Coklat Moist (kukus)


kek coklat kukus yang di tempah..
tersangat la moist nyerrr..
nak resepi???? bolehhh..apa salahnye kita berkongsi...


RESEPI COKLAT MOIST KUKUS
bahan-bahannya :
11/4 cawan tepung gandum (selalu pakai tepung kek)
1/2 cawan serbuk koko (tak kisah brand apa)
1 sudu kecil soda bikarbonat (ada setengah org pakai baking powder, tapi akk pakai ni lagi gebuss)
250ml atau 1 kotak susu coklat Dutch Lady
2 biji telur (M)
1 cawan gula kastor
1/2 cawan butter
1/4 minyak masak / minyak jagung
sedikit esen vanilla


cara-caranya :
1. Ayak tepung serbuk koko dan soda bikabonat. Ketepikan
2.Pukul butter dan gula sampai kembang. Pastu masukkan telur. Pukul lagi sampai putih.
3. Guna senduk kayu pulak/plastik sahaja. Masukkan minyak dan susu coklat selang seli. kaup balik adunan.
4. Buat sampai habis..
5. Pastu masukkan bahan ayak sikit demi sedikit. Guna teknik kaup balik jugak. Kacau perlahan-lahan supaya adunan tak berketul.
6. Masukkan dalam loyang yang dah dilengser dengan butter dan alas guna baking paper..
7. Hentak sikit je..Jangan kuat sangat. Pastu tutup ngan aluminium foil...
8. Kukus selama 50 minit / sehingga masak. Pastikan kukus dipanaskan dahulu..
9. Bila dah masak, bukak tudung periuk dan aluminium foil sedikit. Biarkan dia sejuk kejap sebelum letak atas  redai kek.
10. Bila dah siap, boleh la letak topping ikut kegemaran masing2....Rasanya kek ni tak berapa manis la...kalu sesapa nak manis leh letak gula lebih sikit..



No comments:

Post a Comment