I follow... :)

Bipop lagik






min order : 20 sticks

Harga boleh di runding sekiranya tempahan melebihi 100 sticks.

Boleh ikut warna tema...

Kanak2 sangat menggemarinya...

Purple Velvet untuk Hari Ibu....

rasanya masih tak terlambat untuk ucapkan 
Selamat Hari Ibu
kepada semua wanita yang bergelar dan bakal bergelar ibu...

Selamat Hari Ibu kepada Ibu mertuaku dan Ibunda ku...
Semoga Allah sentiasa merahmati hidupmu...
dan di kurniakan kesihatan yang baik...
AMIN

Hari itu akk menyambutnye bersama anak2 sahaja..
En Hasben jauh nunnnnn...di perantauan..

so untuk meraikan diri sendiri..
akk pon buat la kek untuk diri sendiri...

PURPLE VELVET CAKES
-

-

-
 



 


selalu org buat RV je kan..
so boring lak..

tu yang buat warna purple tu..
tapi dlm gambar tu macam warna biru kann
maklum le...kamera cap ayam...

tunggu le ade rezeki lebih sikit baru nak beli yang ok sikit

apa2 pon..

SELAMAT MENJAMU MATA SUME....

 

Bipop







idea puteri's oven dan anak-anak..
belum ade org buat lagi...

sapa2 yang nk order silakan ye..
leh sms kat saya di 017- 253 5351

min order : 20 stick
 
 


CHOCOLATE ORANGE ROULADE TORTE


sedang merayau2 ke dapur orang..
tetiba mata ini terpandang satu kek yang membuatkan hati ini meronta2 nak buat dan merasai kesedapan kek ni..

lagipun kek ni nampak cantik sangat.
memang betul2 teruja bila tengok kek ni dah siap..

ni la kek yang di maksudkan tuh..


 cantikkan dalam dia..
tapi abaikan la kek yang bergerigi tuh..
hehehe..

oh ya lupa plak..
kredit pada Juicy cafe kerana sudi berkongsi resepi ni..

lagipon puan juicy cafe ni..rajin letak gambar cara2 nak buat kek ni..
best sgt..

sape yang nak resepi leh tengok kat bawah ni atau klik je kat link juicy cafe kat bawah tu..



CHOCOLATE ORANGE ROULADE TORTE
Sumber : kopipes terus dari juicy cafe
cara-cara nak melapis kek atau menggulung kek leh tengok kat juicy cafe yee.. 

Bahan-bahan untuk kek - BAHAN A
750 gm tepung optima (kita pakai tepung sponge cake mix je)
12 biji telur A
150 gm susu segar
240 gm butter - cairkan
1/2 sdb coklat emulco
1 1/2 sdb orange emulco
 
Bahan2 buttercream : BAHAN B
500 gm krimwell
100 gm shortening
200 gm gula aising - ayakkan
 
Cara-cara buat bc :
pukul semua bahan sebati selama 10 minit)
Bahan-bahan untuk ganache : BAHAN C
100 ml uht whipping cream
300 gm coklat compound - sagat halus
Cara-cara buat ganache:-
1. Panaskan whipping cream sehingga berbuih ditepi2 periuk. Tutup api.
2. Tuang whipping cream dalam coklat dan gaul sehingga coklat larut.
3. Biarkan pekat sebentar.


Cara-cara untuk buat kek-BAHAN A :
1. Dalam mixer, pukul tepung optima, telur dan susu segar dengan kelajuan yang tinggi selama 10 minit.
 
2. Perlahankan mixer dan tuang butter cair, pukul sehingga sebati sahaja.
 
3. Ambil 400 gm adunan dan gaulkan dengan coklat emulco sebati, tuang dalam loyang size 9 inci yang telah digris, lapik kertas minyak, ratakan, bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180C selama 35 minit. Sejukkan atas redai.
 
4. Baki adunan campurkan orange emulco dan gaul rata, bahagikan kepada 2 bahagian dalam 600 gm setiap satu dan tuang dalam 2 loyang saiz 16x12x1 inci, bakar selama 15 minit, jangan terlebih masak nanti jadi keras, sejukkan atas redai.
 
5. Potong kek coklat kepada 2 lapisan, letak sekeping kek coklat atas papan kek, sapu 1 cawan buttercream (resepi dibawah), ratakan.
 
6. Potong kesemua kek orange selebar 5 cm (kalau nak buat 4 cm pun boleh, 6 cm tidak digalakkan sebab nanti kek lebih tinggi).
 
7. Sapu coklat ganache (Bahan C) pada setiap keping kek.
 
8. Gulungkan kek orange bersambung2 dengan kepingan yang lain sehingga cukup dengan saiz kek coklat. Jangan risau kalu ade pecah2 sedikit, kek tetap jadi.
 
9. Letakkan kek orange gulung ke atas kek coklat dan sapu buttercream pada keseluruhan kek, kalu gulungan tu ade retak2 cket xpe tampal aja dengan filling, jangan risau kek tetap jadi, tapi kalu sume retakk eerrmmm xyah leerr buatt heheheh..

10. Letak pula sekeping lagi kek coklat diatas kek gulung dan sapu rata keseluruhan kek dengan buttercream.
 
11. Hias ikut kreativiti masing2 dan sejukkan dulu dalam peti sejuk selama 2 jam baru dipotong dan hidangkan.




Kek pop @ lolipop

kek pop atau lolipop..
dibuat dari lebihan kek..dari terus di buang ke tong sampah
baik kita buat bende yang ada manfaat sikit

 so terhasil la kek pops ni..




so sesiapa yang nak order, boleh roger2 ye..

P.A.V.L.O.V.A


Dah lama rasanye tak buat Pavlova..
tetiba lak rasa teringin nak buat...

tengok peti sejuk ada sikit blueberi dan stoberi..
cantikk...boleh buat ni...

tapi kali ni buat kecik je...
sebab takut tak habis..
lagipon anak2 tak berapa minat pavlova..

buat ni pun sekadar nak hilangkan rasa keinginan nak makan 
cik Pavlova nih...

stoberi pun ada 2-3 ketul je...


 selamat menjamu mata semua...
:)


Lempeng Kelapa dikala kehabisan idea...


Hehehehe..
kehabisan idea memasak..
 
selalunye memang camtu..sampai dah habis idea nak masak apa
last2 try buat lempeng kelapa..
 
kebetulan pulak..(asyik kebetulan jekkkk)
Kelapa kering memang ade stok...
 
kelapa kering ni akk buat sebab kekadang nak keluar membeli tu malas..
lagipun kena fikir petrol lagi
 (almaklum la petrol sekarang pon dah makin mahal)
so beli la kelapa parut tu banyak2..
pastu goreng tanpa minyak..
sampai dia kekuningan...
 
pastu sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara
dan masukkan dalam peti ais..
Insyaallah akan tahan lama..
 
buat ni masa nak makan petang2...
asyik cekodok je...anak2 pun jemu...
 
ni la hasil lempeng ku yang tak seberapa tuu
 
buatnye dah lama..sekarang baru nak hapdet
pasal internet ni kadang kala dia 'weng' sikit..
 

 
 memang sedap di makan panas2..

jemput makan semua...


LEMPENG KELAPA
sumber : dari ibuku sendiri...

Bahan-bahannya :
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan kelapa
sedikit gula
sedikit garam
air secukupnya
butter

Cara-caranya :
1. Gaulkan semua bahan kering, pastu masukkan air sedikit demi sedikit untuk hasil yang diperlukan.
2. Panaskan pan 'non stick' atau kuali ke. Oleskan sedikit butter dan tuangkan satu atau dua senduk ke dalam pan tadi.
3. Lenggangkan kuali atau pan tadi supaya dia rata.
4. Masak hingga kekuningan dan angkat.

Sedap dihidangkan bersama syrup mapel atau sambal ikan bilis.

 
 
 

Devil's Food Chocolate Lagikk

Anak-anak mintak buat lagi..

so sebagai ibu...kita mesti nak tunaikan apa yang anak2 minta
lebih2 lagi kalo yang melibatkan makanan la...

takut kempunan....

kebetulan lak bahan2 tu masih ada berbaki lagi..

so dengan pantas akk mebuat kek permintaan anak2 ni
tapi derang nak yang bulat

sebb nampak cantik katanya..
apa2 jela anak2 akak ni..

ni kali ke-3 akk buat kek ni



yang kat dalam warna merah tu, akk letak perasa stoberi..
saje2 gatal tangan..
konon2 nak advance sikit..

tapi hasilnye sedap gakkk...
nyumm..nyummm