I follow... :)

Tips untuk kek gebus dan cantik

MUSIM membuat kek dan biskut untuk Hari Raya sudah pun bermula. Tentu inilah masanya untuk anda, selain mencari resipi-resipi kek dan biskut terbaru, turut berasa 'seram sejuk' ketika mengingatkan pengalaman-pengalaman lalu apabila kek bentat dan biskut pula keras.

Sebenarnya, membuat kek dan biskut juga perlukan sedikit pengetahuan asas.
Hari ini, bukan kaedah memasak saja yang penting, malah bagaimana memilih ramuan kek dan biskut yang baru dalam pasaran.
Oleh itu, kalau dulu orang membuat kuih baulu cukup setakat menggunakan tepung, gula dan telur, hari ini terdapat kuih baulu bercampur butiran coklat (chocolate rice), kuih baulu berperisa pandan dan sebagainya.
Begitu juga dengan kek lapis. Dulu cuma ada kek berwarna-warni yang dilapis jem buah-buahan atau dengan nanas saja.
Hari ini, terdapat kek lapis berbagai corak dan rasa.
Minggu ini, Dapur membawakan temu bual dengan pakar kek dan biskut, Cef Aini Salim, tentang beberapa perkara yang perlu diberi perhatian semasa membuat kek dan biskut, agar pengalaman pahit anda membuat kek dan biskut bantut tidak berulang. Berikut panduannya:
Telur
Telur yang hendak digunakan untuk membuat kek dan biskut perlu segar. Sebaiknya beli telur daripada penjual di pasar kerana ia tidak disimpan lama berbanding telur di kedai-kedai runcit. 
Ini kerana lebih ramai orang membeli telur di pasar dibandingkan dengan kedai-kedai. Begitu juga dengan pasar raya. Pasar raya yang sering ramai pelanggan, telurnya sering habis dijual dalam masa satu dua hari.
Untuk membuat kek, sebaiknya pilih telur jenis double A atau yang beratnya sekitar 60 gram sebiji. Jangan gunakan telur besar untuk membuat biskut kerana ia akan meningkatkan kandungan cecair dalam sukatan lantas menjadikan doh lembik. Lazimnya apabila doh lembik, pembuat kuih akan menambahkan tepung ke dalam adunan. Kalau tidak berhati-hati, doh akan mengeras dan rasa biskut juga berubah.
Semasa mengadun kek yang tidak menggunakan bahan ovalette untuk membuat kek, telur dan gula hendaklah dipukul hingga benar-benar gebu sebelum dicampurkan dengan bahan lain. Untuk mengetahui telur sudah cukup gebu, cuba ambil sesenduk dan terbalikkan. Jika telurnya tidak jatuh, bermakna ia sudah cukup gebu.
Ujian serupa boleh digunakan jika anda dikehendaki memukul putih telur hingga cukup gebu.
Mentega
Apabila membuat biskut, sebaiknya jangan gunakan mentega yang masih keras. Ini kerana mentega yang masih keras perlu dikacau berlebihan hingga jika anda tidak berhati-hati, ia akan jadi berminyak.

Sebaliknya, biarkan mentega lembut sedikit dalam suhu bilik, baru dicampurkan dengan telur dan gula. Kacau ketiga-tiga bahan ini setakat rata saja.
Adunan mentega untuk biskut, jika dikacau berlebihan hingga menjadi minyak, boleh menyebabkan biskut bantut.
Setelah memasukkan tepung ke dalam adunan mentega untuk membuat biskut, jangan uli berlebihan. Cukup setakat menggunakan hujung-hujung jari saja untuk mengadunnya hingga rata. Menguli doh berlebihan akan menyebabkan biskut menjadi keras.
Oleh itu, apabila membuat biskut, buat satu adunan dahulu. Jika mahu ditambah, baru diadun lagi. Dengan demikian, anda tidak perlu adun mentega dalam jumlah banyak kemudian uli doh dalam jumlah yang banyak juga, hingga adunan dilakukan secara berlebihan dan mengganggu tekstur doh.
Bagaimanapun, jika anda hendak mengadun biskut dalam jumlah banyak, sebaiknya gunakan mesin pengadun dengan alat adun berbentuk 'K' atau lazim dipanggil sebagai 'K beater'.
Begitu juga apabila mengadun kek. Sebaiknya selepas dibubuh tepung ke dalam adunan telur, jangan diadun terlalu lama hingga semua udara di dalamnya hilang dan kek menjadi bantut. Cukup sekadar lima hingga tujuh minit.
Bakar Kek dan Biskut Sebelum membakar kek, panaskan ketuhar lebih dahulu pada suhu yang disebutkan dalam resipi. Membakar kek tanpa memanaskan ketuhar lebih dahulu menyebabkan kek rosak.

Apabila membakar hanya satu tin atau satu biji kek, letakkan tin berisi adunan kek di tengah-tengah ketuhar. Jika ketuhar boleh memuatkan hingga adua tin kek, tukarkan kedudukan tin kek iaitu yang kanan dialihkan ke kiri dan sebaliknya kira-kira satu jam selepas dibakar. Ini akan membuat kek masak merata.
Jangan sekali-kali sapukan keliling tin kek dengan mentega sebelum dibubuhkan adunan kek. Cukup hanya sapukan mentega pada dasar tin, kemudian alaskan dengan kertas pembakar kek dan sapukan lagi mentega di atas kertas. Menyapukan mentega di sekeliling tin kek akan menyebabkan kek mengecut. Jika anda membuat kek lapis, apabila kek mengecut, ia akan mengganggu susunan lapisan-lapisan di bahagian tepi kek.
Usah segera keluarkan kek yang masak daripada tin. Biar ia sejuk antara lima dengan 10 minit atau hingga ia mantap.
Apabila anda membakar dua dulang biskut sekali gus dalam dua rak berasingan dalam ketuhar, pastikan anda alihkan biskut di rak atas ke rak bawah dan sebaliknya selepas membakarnya separuh jalan. Dengan demikian, biskut anda akan masak atau garing sama rata.
Menyimpan Kek dan Biskut

Kek hendaklah betul-betul sejuk sebelum disimpan. Sebaiknya potonglah kek menjadi sekurang-kurangnya enam bahagian dan balut setiap bahagian dengan kertas timah. Simpan kek dalam ruangan beku peti sejuk. Keluarkan satu bahagian kek dan nyahbekukan supaya apabila tetamu datang, mereka tidak dihidangkan dengan kek yang sejuk dan beku.
Kek yang sudah dipotong berkeping-keping boleh juga dipanaskan dalam ketuhar gelombang mikro tetapi sekadar untuk beberapa saat saja. Memanaskan kek dalam ketuhar gelombang mikro dalam waktu yang lama akan menyebabkan kek menjadi keras.
Untuk biskut pula, simpanlah semua biskut dalam tin atau bekas yang betul-betul kedap udara. Anda boleh taburkan sedikit gula pasir kasar agar biskut kekal garing.
Apabila biskut sudah lemau, panaskan semula di dalam ketuhar selama beberapa minit, selepas itu sejukkan. Ia akan garing semula. Akhir sekali, Cef Aini mengingatkan agar anda fahami dahulu segala ramuan dan cara-cara membuat suatu jenis kek atau biskut dalam sesebuah resipi sebelum mencubanya. Jika tidak, anda akan kecewa.

Bisnes tetap bisnes..hehehehe..

Walaupon sibuk dengan menjaga anak yang bersunat..
akk sempat juga siapkan tempahan apam yang diorder oleh Lin dari Gopeng..
 Sib baik ada adik bongsu menolong dan juga mak akk yang tolong membungkus...
termasuk la..orang dalam pantang..adik pompuan akk...
gigih gak nak tolong...
Eh!!..lupa plak nak gitau ye..
akk baru je dapat anak sedara baru... 1/12/2011 hari tu..
adik pompuan akk Ogy..selamat melahirkan baby boy...
secara normal pada pukul 1.50pagi di Hopital Sungai Buloh..
Berat baby plak...3.76kg...Wow!!!! memang besar...
apa2 pon babynye sihat...comel dan putih sangat..
macam mak dier...putih..
akak je kelabu asap sikit..sbb masa mak akk lahirkan akk bulan gelap..tu yang terkenan tu..huhuhuhu
Namanya Muhammad Aiman Daniel...(kitaorang panggil 'aiman tak kisah'..)

sori gambo tak de..lupa nak snap...tak sempat sebb bizi ngan ngedot apam..
nanti akk cilok dari FB dier...dan tepek gambar si Aiman Tak Kisah tu...



Ni Order dari Lin Gopeng
Quantiti : 1400 biji, Size : M
Add : Packing + Ribbon


Mekasih Lin...dan SELAMAT PENGANTIN BARU!!!
Moga jodoh kalian berdua kekal hingga hujung nyawa...AMIN..

3 Disember 2011....

Apa yang istimewanya tarikh 03/12/2011...
hehehhe...
bukannya apa ye...tarikh ni kiranya tarikh keramat bagi akak..
sbb kedua2 anak akak akan memasuki alam dewasa atau senang citenye..
berkhatan / masuk jawi / bersunat..

 Kenduri pula akk adakan di kampung akak iaitu di Kuala Kangsar, Perak..
Sederhana tetapi meriah...
Rata2 penduduk2 sekitar Taman Seri Emas, bergotong royong
menolong kami sekeluarga bagi kelancaran majlis tersebut...
Memang penat sangat..tetapi seronok bila kenduri tersebut diadakan untuk meraikan 'pengantin kecil' akak ni...

Terima kasih tak terhingga kepada jiran2 yang banyak membantu untuk majlis ini...Cik Bita, Cik Ida Jamal, Cik Nor, Cik Dah, Cik Dah tok bomoh, Acu dan ramai lagi...penat wehhhhh nak taip satu2 nama...
Jasa anda semua tak dapat saya lupakan...

Terima kasih juga mak dan abah yang menjadi tunjang utama dalam kelancaran majlis ini...

dan tak lupa kepada keluarga mertua yang sanggup datang ke Kuala Kangsar ni..
Emak mertua, Abang long + Kak Long, Ijat + Niza, Nita + Ajax kratos, Lina + Amy serta anak2 semua...

okey..akak nak cite sikit rentetan majlis tersebut ek...

~2 Disember 2011~
Pagi Jumaat ni, jiran2 dah sibuk datang untuk menolong apa yang patut, sbb nya pada malamnye nanti akan diadakan bacaan yassin dan doa selamat...

petangnya pulak, "pelamin kecil' dibuat untuk bakal pengantin kecil akak ni...cantik sgt!!!
selain itu juga, majlis berbuai/berendoi akan diadakan pada pagi esoknya juga..so buaian pon dihias indah oleh jiran2..santekkkk bangat!!!
buaian yang telah siap dihias indah...
pengantin kecil akak..
pelamin before final touched up...
After final touched up...nampak tak bling2x tu...


Sebelah malamnye pula..bacaan yassin dan doa selamat diadakan..
kat sini bacaan yassin diadakan oleh kaum wanita...

Lepas habis je, sessi makan2 diadakan...
Masakan kampung lagikkk..nyum..nyum..
 



~3 Disember 2011~
Paginya..majlis pun bermula...
Sebelum upacara Marhaban bermula..

 Sekitar majlis berendoi/naik buai..
budak yang diraikan untuk majlis berendoi...
antara ahli kumpulan Marhaban yang mengambil bahagian...
'pengantin kecil' kesayangan akak yang nakal... :P
'pengantin kecil' sedang bersanding...muka cool je masa ni..
Muka mengantuk je Amirul nihh
bersama sepupu sebelah Mr Hasben..
bergambar sebelah mertua...
upacara makan beradab lagik..
Pengantin kecil tengah menikmati hidangan...


Sebelah petang pula (6.30 petang)
Di klinik...di temani oleh datuknya dan pakcik Din nya...
akk tak teman ke klinik..sebab takut+ngeri...

Alif..baca doa sebelum disunatkan..
Amirul muka takut.....
Alif pon cover muka takut....sengih dalam takut..


 Selepas 5 hari bersunat....

Kesimpulannya...kenduri ni adalah yang pertama bagi kami sekeluarga..
Pertama kali buat kenduri bersunat untuk cucu/anak dan majlis berendoi..

Apa2 pon memang happy sangat kenduri ni berjalan dengan lancar..
Sekiranya terdapat sebarang kekurangan dan kesilapan sepanjang majlis ini berlangsung..

Ampun dan Maaf kami pinta...
Tak terlayan kami dibuatnya...

Tetamu tak henti2 berkunjung datang ke majlis kami..walaupon kebetulan di sekitar kawasan tersebut ada 4 buah kenduri kahwin sedang berlangsung...
Dari pagi sampai ke malam pon masih ada lagi yang sudi datang..

TERIMA KASIH SEMUANYA..dari kami sekeluarga...

^_^


Hukum dan Hikmah Berkhatan

Sempena cuti persekolahan, ramai kalangan ibu bapa mengambil kesempatan mengkhatankan anak-anak lelaki mereka. Di Malaysia, lazimnya amalan mengkhatankan anak lelaki dilakukan secara berkumpulan atau dikenali majlis berkhatan beramai-ramai. Rasionalnya, selain daripada melaksanakan tuntutan syarak, amalan sebegini mampu mengeratkan hubungan sesama anggota masyarakat.

Sebenarnya, berkhatan beramai-ramai bukanlah satu perkara janggal. Banyak kelebihan bila program itu dilakukan. Selain mengeratkan hubungan sesama masyarakat, berkhatan dengan cara sebegini dapat meningkatkan rasa keberanian kepada anak-anak yang dikhatankan. Di sesetengah tempat, ia bagaikan suatu perayaan. Kanak-kanak diarak dan dimandikan secara beramai-ramai sebelum dikhatankan.
 
Maksud Berkhatan
Masuk Jawi, berkhatan ataupun bersunat, kesemuanya membawa maksud yang sama iaitu membuang hujung anu atau bahasa kasarnya membuang kulup

Maksud berkhatan secara ilmiahnya ialah; memotong selaput kulit yang menutupi kepala zakar lelaki atau memotong sedikit hujung daging yang ada di sebelah atas faraj perempuan

Hukum berkhatan
Kebanyakan ulama seperti al-Sya‘bi, Rabi‘ah, al-Azra‘i, Yahya bin Sa‘ad al-Ansari, Malik, al-Syafi‘i dan Ahmad memberitahu, amalan berkhatan wajib bagi kaum lelaki.

“Banyak hadis Rasulullah SAW yang menunjukkan pensyariatan khatan. Antaranya, diriwayatkan Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah bersabda, bermaksud, “Ada lima perkara yang dikategorikan sebagai fitrah (sifat semula jadi) seseorang manusia iaitu berkhatan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan menggunting misai” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

“Al-Khattabi pula berpendapat, meskipun khatan selalu disebut bersama dengan perkara-perkara sunat seperti mencukur bulu ketiak dan memotong kuku, namun kebanyakan ulama’ mengiranya sebagai wajib. Ini kerana ia merupakan syiar Islam dan pembeza antara Muslim dan kafir.

“Sekiranya terdapat seorang yang berkhatan mati dalam kalangan sekumpulan manusia yang tidak berkhatan, maka hendaklah disembahyangkan dan dikuburkan di tanah perkuburan Islam,” kata Mohd Shukri Hanapi.
Beliau yang merupakan Felo Rancangan Latihan Kakitangan Akademik, Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia berkata, khatan wajib ketika seseorang anak itu sudah hampir baligh.
Ini kerana tidak berapa lama lagi anak tersebut akan menjadi mukalaf untuk mematuhi segala hukum syariat dan perintah Allah.

Hikmah berkhatan
Setiap amalan yang disyariatkan Allah tidaklah sia-sia, malah ada hikmah dan kelebihannya. Justeru, amalan berkhatan mempunyai banyak faedah terutama daripada aspek kesihatan.

Menurut Dr. Sobri al-Qubbani di dalam bukunya Hayatuna al-Jinsiyyah, antara faedah terpenting berkhatan ialah, seseorang lelaki itu akan dapat menghindari penyakit kulit yang disebabkan peluh-peluh berkumpul dalam kulit qulfah itu.

Perkara ini dibuktikan Dr Gerald Weiss yang menegaskan, tanpa khatan, bahagian di bawah kulit yang menutupi kepala zakar akan menjadi tempat takungan pelbagai jenis kuman. Hal ini meningkatkan risiko mendapat infeksi. Kadangkala keadaan ini akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.
Sebagaimana dijelaskan Dr. Danial Zainal Abidin dalam bukunya ‘Perubatan Islam Kontemporari’, terdapat banyak kajian dilakukan menunjukkan khatan mencegah pelbagai jenis penyakit, antaranya:

Risiko wanita menghidap barah pangkal rahim tinggi jika pasangannya tidak berkhatan. Satu kajian dilakukan di Lembah Kashmir pada 1993 menunjukkan, amalan berkhatan di tempat ini menyebabkan peratus barah pangkal rahim rendah jika dibandingkan dengan kawasan-kawasan lain di India.

Dr Edgar J Shoen dalam bukunya Circumcision A Lifetime of Medical Benefits, seorang pakar kanak-kanak terkenal, luka yang sering berlaku di kulit penutup zakar ketika melakukan persetubuhan memudahkan lelaki yang tidak berkhatan dijangkiti kuman penyakit jangkitan seksual, terutamanya siplis, chancroid dan genital herpes.

Berdasarkan hasil-hasil kajian di atas, jelaslah lelaki yang berkhatan akan dapat menikmati kesihatan baik dan terhindar daripada berbagai-bagai penyakit merbahaya.