APA ITU OVALLETE?
Nama panggilan lain bagi ovelette adalah quick 75. Ia berwarna oren atau kuning dan teksturnya seperti gel.
Ovalette merupakan pengemulsi atau penstabil yang digunakan untuk membuat kek span dan dan kek-kek yang menggunakan telur sebagai bahan untuk melembutkan kek.
Selain kek span saya pernah melihat ada juga resipi kek Sarawak dan apam yang mengunakan ovalette sebagai bahan penstabil. Sifatnya yang berasid akan membantu telur dalam kek naik dan memerangkap lebih udara dengan lebih cepat.
Ovalette menjadikan kek mudah mengental, stabil dan tidak mudah jatuh ketika ia dikacau, dibakar atau dikukus. Kek span yang menggunakan ovalette mampu mengekalkan bentuk kek di samping menjadikan kek lembut dan gebu setelah dimasak.
Kepada mereka yang tidak pernah menggunakan ovalette apa kata anda cuba resipi kek kukus ini yang menggunakan ovalette sebagai bahan penstabil kek.
APA ITU SHORTENING (LELEMAK SAYURAN)?
Shortening atau lemak sayuran mengandungi 100% lemak sayuran '(ada juga dari sumber haiwan)' yang beku pada suhu bilik.
Bila kita membuat pastri dan menggunakan shortening ia akan menghasilkan pastry yang flaky (berlapis) hasil penggunakan lemak sayuran yang telah dilapis dengan tepung.
Bila membuat biskut shortening selalu dipukul bersama gula supaya ia dapat memerangkap udara dan dapat menghasilkan biskut yang ringan.
Shortening juga bertindak sebagai bahan yang dapat menyatukan bahan-bahan yang berminyak dan juga bahan-bahan cecair supaya ia dapat bersatu dan sebati dengan sempurna.
pics dari pakcik gugel..
APA ITU KRIMWELL?
kredit to Ar Raiyan
Apakah 'krimwell'? Tekstur dan warnanya adalah seperti lemak sayuran (vegetable shortening). Sama seperti tekstur marjerin tetapi berwarna kuning pucat. Ia tidak perlu diletakkan di dalam peti sejuk dan selalu dijual di dalam bekas plastik lutsinar yang bertutup kemas. Krimwell juga dikenali sebagai creamwell dalam bahasa Inggeris. Salah satu jenama lain yang popular adalah marvello (sekitar awal 1990-an). Krimwell yang agak keputih-putihan memudahkan aising diwarnakan. Anda boleh gunakan warna biasa atau esen di dalam botol. Hanya beberapa titik diperlukan. Bila membahagikan aising, pastikan secukupnya saja kerana anda boleh menambah lagi jika perlu. Sekiranya gemarkan aising yang manis, boleh tambahkan gula aising.
Saya telah men 'google'kan bahan ini dan tiada satu pun memberi jawapan yang tepat dari segi status halalnya. Akhirnya saya terjumpa berkenaan krimwell dari blog chef Norzailina (http://norzailina.blogspot.com) dimana
KRIMWELL keluaran Lam Soon Edible Oils (ISO 9001:2000) dengan Logo HALAL yg diiktiraf Kerajaan Malaysia mencatatkan bahan seperti berikut (pada kotak asal/packaging): minyak kelapa sawit, minyak isirong kelapa sawit, pecahan minyak sawit, minyak bunga matahari, air dan garam, kondisioner makanan, bahan perisa, bahan pengawet dan antipengoksida yg dibenarkan.
pics dari norkhamsiah.blogspot
nice info.. :)
ReplyDeleteGood info, let me share it
DeleteSy bt donut guna ovelet ptut xlmbut,last guna emplex
ReplyDeleteovelet untuk gebu kan kek jer...nak gebukan donat, kena uli doh betol betol
Deletetq info
Deleteshortening tu tak boleh buat sendiri ke?
ReplyDeleteTerima kasih info.. sgt berguna..
ReplyDeleteBlh x gantikan ovellet tu dgn shortening
ReplyDeleteBlh x gantikan ovellet tu dgn shortening
ReplyDeleteShortening tu dungsi dia mcm margerin. Kalo letak dalam donut ia akan buat donut kita rangup. Sgt sesuai untuk biskut
DeleteJika ovelate buat untuk ais.krim apakah ia sesuai
ReplyDeleteShortening sesuai untuk apa ya
Adakah semua ni vegetarian
ReplyDeletekalau krimwell tu seperti margarine,boleh tak digunakan untuk bake instead of topping icing?
ReplyDelete