I follow... :)

Lapis Cheezy Sufi Amanda @ Cheezy Marie Blueberry

kalau perasan yek, cheezy marie ni tgh hangat jugak la kan..
sana sini orang sibuk mempromosi cheezy marie mereka..

kepada yang suka dengan cheese, memang ini la yang idamkan
kalau time panas, makan pulak dessert ni....
perghhhh..memang terangkat..
sedap sangat....

cara buatnye pun tak berapa susah...

kebetulan dapat lak tempahan untuk cheezy marie ni sebanyak 200 pcs.


Cheezy Marie Blueberry
Qty : 200 pcs
Size : S
Filing : Blueberry

 yang ni je sempat ambil gambar..
yang lain tak sempat sempat customer nak urgent..
untuk birthday anak dia



oh ye..resepi nye akk dapat dari blog kak ita masam manis tu..
psttt : kopipes terus dari blog kak ita ni..
RESEPI LAPIS CHEEZY SUFI AMANDA Adaptasi daripada resepi : LAPIS CHEESE PESONA
by : Ryoazhar

Bahan A
2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g
500 ml susu segar,dipanaskan

Bahan B
500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)kita pakai tatura je...
1/2 cawan gula halus

Bahan C
100 gm Non Dairy Whipping Cream
* Resepi asal Ryo menggunakan 10 ml susu segar


Filling
Blueberry
:- kalau nak letak buah2 segar, atau buah2 dakam tin boleh...ikut kreativiti masing2

Cara-caranye :
Satukan cheese dan gula halus dan pukul hingga sebati dan bercream
Pukul Non Dairy Whipping hingga kental
Satukan kedua bahan tersebut dan kaup balik adunan hingga rata
Masukkan adunan dalam piping bag untuk memudahkan kita melapis

Panaskan susu segar, padamkan api.
Dalam bekas kaca, letakkan satu lapisan cream cheese
Kemudian celupkan biskut marie dalam susu ( 1 saat sahaja ) dan susun dalam bekas
lapiskan semula dengan cream cheese
Letakkan filing yang disukai dan teruskan melapis berselang seli hingga habis
Simpan dalam peti ais hingga sejuk dan mengeras
Hias mengikut kreativiti dan sedia dinikmati

* Jika nak buat dalam bentuk kek, letakkan gelatin kerana adunan sedikit lembut
Gelatin dalan 1 sudu besar rendam dalam sedikit air. Kemudian masak secara double boiler hingga gelatin melarut

Tuang gelatin dalam adunan cream cheese yang telah dipukul sebelum diletakkan Non dairy Whipping cream.
Mulakan lapisan dengan cream cheese, susun biskut dan filing selang seli dan lapisan terakhir cream cheese
Pas tu boleh lah deco atasnya.
Simpan dalam peti ais semalaman sebelum dipotong

Gunakan loyang loose pan ukuran 7 inc




No comments:

Post a Comment