I follow... :)

baju raya, kasut raya, seluar raya...adehhhh

Sekarang ni rata2
orang sibuk cite pasal kes amuk kat JPM Putrajaya tu..
kes seorang lelaki yang mengelarkan diri Imam Mahdi dan seorang wanita lepasan UIA
mengamuk sambil membawa pedang samurai..
kalau kita tanya En Gugel, rata2 kebanyakan blog dan forum akan membincang dan berdebat sesama mereka tentang isu ini..

akk tak mahu nak komen pasal isu ni, sebab kita tak tahu sebabnya yang sebenar kenapa mereka ini bertindak sedemikian..terlalu banyak versi..hurmmmmm

end of story.
++++++++++++++

tinggal lagi beberapa hari lagi kita akan berpuasa
so...budak2 ni, macam2 la derang order untuk nak pakai di hari raya nanti..
maklum la nak dekat puasa ni..
so mood raya budak2 ni ter'advance' la pulak kan..

ala macam kita masa kecik dulu....
sibuk je kepala otak ni memikirkan baju kaler apa nak pakai, kasut pulak kalau yang perempuan, nak tumit tinggi la, warna pink la (warna sinonim ngan bebudak perempuan)...
yang lelaki pulak, nak kasut yang macam itu la..ini laa..
tapi masa akk kecik2 dulu, apa yang orang tua belikan kita pakai je...itupun dah seronok sangat

tiap-tiap malam kalau boleh nak pakai baju raya ngan kasut raya..
hehehehe..bila terkenang kan balik..kelakar jugak
hai..budak-budak..
memang seronok bila mengenangkan zaman kanak-kanak dulu...

sekarang ni pulak, anak-anak akak dah besar,
so nak beli baju raya warna apa, kena tanya mereka dulu..
kita nak warna ni..tapi dia nak warna ni..

terpaksa la ikutkan..sebab kang benda ni akan mereka ulang cakap sampai 800 juta kali..
tahi telinga boleh meleleh tau...

tang kasut pulak...dah bagitau nak kasut yang cam ni la....camtu la..
iskk budak2 ni...
kalau ikutkan akk senang je..kasut raya tahun lepas ada lagi..
pakai je..hmmm tak nak...nak yang baru jugak..
jenuh la kita tarbiyah kan budak2 ni kejap..
insaf la kejap....tapi kejap je...

bila kat sekolah, kawan2 sume cerita dah beli kasut raya yang camni la..yang ada sayapla,
tali boleh ikat sampai kepala lutut la....
balik rumah, dia merengek nak kasut raya la pulak...

kalau akak memang kejam sikit...pakai je apa yang ade selagi boleh pakai/guna..
tak perlu membazir, sbb akk selalu pesan kat anak2 yang kita bukan orang senang..
tapi tu la...macam akk cakap memula..
insaf nye kejap...

tak dapat kat kita, dia mintak kat papa dia..
papa dia ni pulak, memang la berhati lembut..
pukul anak ke, marah anak ke, jauh sekali la...tu yang akk terpaksa bertindak kejam sikit..
grrrrrrrrrr...

hahahaha...apa la yang akk taipkan ni kan...

No comments:

Post a Comment