I follow... :)

Koktail oh Koktail...

Kastard koktail ni..mmg selalu akk buat..
ni order dari anak bujang akk si Amirul tuu..
dah 2-3 kali dia mintak..
cuma mama dia tak berkesempatan lagik nak buat..
nak menyiapkan order orang..
so permintaannya terpaksa di KIV until further notice..
bila tak sibuk baru la buat...risau gak..dia minta 2-3 kali...
tak buat2 jugak..takut kempunan pulak..
iskk..mintak di jauhkan segala benda buruk...


taraaaaa.....
si Amirul ni suka banyak kuah dia..dan jgn pekat sgt..
nyum..nyum..sedapnyeee..
Cara nak membuatnya pun mudah sangat..

KASTARD KOKTAIL SIMPLE
Bahan-bahan
1 tin susu cair (brand apa2 boleh je)
1 tin koktail campur
6 sb gula pasir (nak kurang pon boleh)
1 sk esen vanilla
3 sb tepung kastard (bancuh dengan sedikit air)
1 tin air (guna tin susu cair je)-optional

Cara-caranya :
1. Masukkan esen vanilla, susu cair, gula, air, air koktail dan tepung kastard kedalam periuk dan masak hingga jadi pekat.
2. Masak dengan api perlahan dan sentiasa kacau..Kalau tak nanti dia berketul.
3. Bila dah menggelegak, masukkan buah-buahan campur tadi dan kacau lagikk
4. Siapp...Senang je kan 

Kalau nak pekat tak payah masuk air...memadai air koktail tadi..ikut selera masing-masing


No comments:

Post a Comment