I follow... :)

Apam Polka Dot @ Apam 'Lalybird'

di sebabkan ramai yang mintak resepi apam polkadot ni..
akk sharekan jugak..
resepinya sama macam biasa..
tapi cara nak kene betul...kalau tak apam tu akan keras bila sejuk...

RESEPI APAM POLKADOT @ APAM 'LALYBIRD'
Bahan-bahan :
3 biji telur (dari peti sejuk)
275 gram tepung gandum
220 gram gula halus (dari peti sejuk)
150 ml susu segar (dari peti sejuk)
3 sk baking powder
1 sk ovalette 
1 sk esen vanilla
pewarna
filling (stoberi, blueberi, kaya, coklat, maggo dan sebagainya:)

Cara-caranya :
1. Pukul telur, gula dan ovalette hingga kembang. Guna high speed. 
2. Bila dah kembang, masuk esen vanilla. Pukul lagi
3. Masuk tepung selang selikan denga susu..Pukul guna speed perlahan..Ulang samai habis...
4. Pastu baru bahagikan adunan ke beberapa bahagian dan warnakan ikut suka hati..
5. Pastu masukkan dalam piping bag (kalau x de pon boleh je..tapi lambat la kejenye)..masukkan dalam papercup..letak filling ...dan pipekan selebihnya hingga 3/4 penuh ye...
6. Dot-dotkan ikut sesukahati...atau buat la corak apa sahaja ikut kreativiti masing-masing.
7. Masa nak kukus...Make sure kukus kita dah dipanaskan..jangan guna api yang kuat..memadai api yang sederhana..sebb kalu api kuat..apam tu memang naik cantik..tapi bla sejuk dia jadi keras dan TAK GEBU....
8. Kukus selama 15 minit atau hingga masak laa....


Nota bulu kaki : 
1. Baca dan pahamkan betul2 cara nak buat..
2. Nampak senang..memang akan jadi tapi kalau kita main redah je..alamatnye..keras la apam tu bila sejuk..
3. Pastikan peralatan mixer tu dalam keadaan sejuk (letak dalam peti ais kejap yang whisk dia tu) bukan mesinnye ya..
4. Kalau boleh guna mangkuk aluminium tu...guna mangkuk mixer yang plastik tu pon okey je..tapi kalu guna yang aluminium tu lagi telur tu naik cantik kembangnya...Terpulang kepada masing-masing...
5. Pukul telur tu, kena betul2 kembang..klu tak filling mendap kat bawah....(belajar dari pengalaman..hehehe)
~ Selamat Mencuba ~


No comments:

Post a Comment