I follow... :)

Musim CREPE la pulak..

Wah!!! sekarang sana sini orang sibuk dok promote crepe ni..
bermacam2 warna dan rasa..
akk pun tak terkecuali membuat crepe ni
tengok memang terliur la. Haish, tak boleh jadik ni, kena buat gak ni..
nak tahu rasa dia macamana.

sebelum tu nak share gambar crepe yang akk buat untuk makan dan jual..

akk tak pakai durian so akk gantikan dengan inti blueberry.
pergh..memang sedap. ikut citarasa masing2 la..
sebelum ni buat guna durian anak tak berapa enjoy nak makan..
tapi bila tukar blueberry...memang mabeles, meletop kababommm..
rasa masam2 blueberry dicampur pulak rasa whipping cream tu..
so kombinasi yang menarik gak la...

sesapa yang teringin nak rasa crepe blueberry ni..jangan malu2 calling2 atau sms Puteri's Oven yekk..

ps : akak tak ambil tempahan crepe durian yek, sebab durian kat sini mahal, kalau akk amik pun takkan la nak letak isi durian tu sejemput je kan..



resepi nye leh refer kat sini resepi cikgu ani
kredit kepada beliau sebab rajin tolong ajar camne nak lipat lempeng ni..

RESEPI CREPE DURIAN
Bahan-bahannya:
2 sudu besar tepung pau (akk pakai tepung gandum je)
2 sudu besar tepung ubi kayu
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung kentang
4 sudu besar tepung naik sendiri

1 1/2 sudu besar gula castor
2 biji kuning telur
1 penutup esen vanila
1/2 tin susu cair (akk pakai susu segar jekk)
1 sudu kecil garam
Air
3 sudu besar mentega yang dicairkan
1 sudu teh pewarna kuning lemon

Bahan Filling:
Isi durian yang telah dibuang biji (akk tak pakai durian, tapi akk pakai bluberry)
1 cawan fresh cream - diputar hingga kental.

Cara-caranya:
  1. Masukkan semua bahan tepung dan yang lain kecuali mentega cair dan pewarna ke dalam blender. Tambahkan air sehingga kurang 1 inci untuk penuh blender.
  2. Kisar hingga rata. Simpan di dalam peti ais selama sejam. (Saya simpan dengan blender2 sekali.. )
  3. Selepas sejam, keluarkan dan masukkan mentega dan pewarna, kisar sekejap aje hingga rata.
  4. Panaskan non-stick pan menggunakan api yang paling perlahan. Masukkan adunan dan lenggangkan kuali supaya crepe tidak terlalu tebal atau terlalu nipis sehingga adunan likat dan biarkan hingga atasnya masak. Tak perlu terbalikkan. (Crepe ini adalah seperti kuih dadar/kuih ketayap yang lembut).
  5. Ulang langkah 4 hingga semua adunan tepung habis. Biarkan crepe sejuk..

akk punya cara plak.
cara-caranya :-

1. Satukan semua bahan kering. Gaul dengan whisk hingga sebati.
2. Masukkan, susu segar, telur dan esen vanilla. Kacau perlahan-lahan hingga semua sebati.
3. Masukkan butter/minyak jagung. Kacau lagi.
4. Masukkan pewarna yang di sukai. Kacau rata.
5. Tapiskan adunan yang sudah sebati tadi kedalam bekas lain.
6. Panaskan non-stick pan. Gunakan api yang paling kecikk sekali.
7. Masukkan adunan tadi menggunakan senduk dan lenggang hingga rata.
8. Biar crepe ni masak. Tapi jangan terbalik kan.
9. Bila dah masak, angkat dan letak atas tudung periuk ke, atau pinggan atau apa2 je.
10. Buat sampai habis. Setiap crepe ni kena alas ngan plastik supaya tak melekat antara satu sama lain.
11. Bila crepe dah sejuk baru letak inti dalam nye..(leh refer kat blog cikgu ani)

Senangkan buat crepe...Selamat meng'crepe' kan diri...

No comments:

Post a Comment