I follow... :)

CHOCOLATE ORANGE ROULADE TORTE


sedang merayau2 ke dapur orang..
tetiba mata ini terpandang satu kek yang membuatkan hati ini meronta2 nak buat dan merasai kesedapan kek ni..

lagipun kek ni nampak cantik sangat.
memang betul2 teruja bila tengok kek ni dah siap..

ni la kek yang di maksudkan tuh..


 cantikkan dalam dia..
tapi abaikan la kek yang bergerigi tuh..
hehehe..

oh ya lupa plak..
kredit pada Juicy cafe kerana sudi berkongsi resepi ni..

lagipon puan juicy cafe ni..rajin letak gambar cara2 nak buat kek ni..
best sgt..

sape yang nak resepi leh tengok kat bawah ni atau klik je kat link juicy cafe kat bawah tu..



CHOCOLATE ORANGE ROULADE TORTE
Sumber : kopipes terus dari juicy cafe
cara-cara nak melapis kek atau menggulung kek leh tengok kat juicy cafe yee.. 

Bahan-bahan untuk kek - BAHAN A
750 gm tepung optima (kita pakai tepung sponge cake mix je)
12 biji telur A
150 gm susu segar
240 gm butter - cairkan
1/2 sdb coklat emulco
1 1/2 sdb orange emulco
 
Bahan2 buttercream : BAHAN B
500 gm krimwell
100 gm shortening
200 gm gula aising - ayakkan
 
Cara-cara buat bc :
pukul semua bahan sebati selama 10 minit)
Bahan-bahan untuk ganache : BAHAN C
100 ml uht whipping cream
300 gm coklat compound - sagat halus
Cara-cara buat ganache:-
1. Panaskan whipping cream sehingga berbuih ditepi2 periuk. Tutup api.
2. Tuang whipping cream dalam coklat dan gaul sehingga coklat larut.
3. Biarkan pekat sebentar.


Cara-cara untuk buat kek-BAHAN A :
1. Dalam mixer, pukul tepung optima, telur dan susu segar dengan kelajuan yang tinggi selama 10 minit.
 
2. Perlahankan mixer dan tuang butter cair, pukul sehingga sebati sahaja.
 
3. Ambil 400 gm adunan dan gaulkan dengan coklat emulco sebati, tuang dalam loyang size 9 inci yang telah digris, lapik kertas minyak, ratakan, bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180C selama 35 minit. Sejukkan atas redai.
 
4. Baki adunan campurkan orange emulco dan gaul rata, bahagikan kepada 2 bahagian dalam 600 gm setiap satu dan tuang dalam 2 loyang saiz 16x12x1 inci, bakar selama 15 minit, jangan terlebih masak nanti jadi keras, sejukkan atas redai.
 
5. Potong kek coklat kepada 2 lapisan, letak sekeping kek coklat atas papan kek, sapu 1 cawan buttercream (resepi dibawah), ratakan.
 
6. Potong kesemua kek orange selebar 5 cm (kalau nak buat 4 cm pun boleh, 6 cm tidak digalakkan sebab nanti kek lebih tinggi).
 
7. Sapu coklat ganache (Bahan C) pada setiap keping kek.
 
8. Gulungkan kek orange bersambung2 dengan kepingan yang lain sehingga cukup dengan saiz kek coklat. Jangan risau kalu ade pecah2 sedikit, kek tetap jadi.
 
9. Letakkan kek orange gulung ke atas kek coklat dan sapu buttercream pada keseluruhan kek, kalu gulungan tu ade retak2 cket xpe tampal aja dengan filling, jangan risau kek tetap jadi, tapi kalu sume retakk eerrmmm xyah leerr buatt heheheh..

10. Letak pula sekeping lagi kek coklat diatas kek gulung dan sapu rata keseluruhan kek dengan buttercream.
 
11. Hias ikut kreativiti masing2 dan sejukkan dulu dalam peti sejuk selama 2 jam baru dipotong dan hidangkan.




No comments:

Post a Comment