PUDING ROTI KOKTAIL
Bahan Untuk Puding :
Bahan A :
10 g serbuk agar-agar
1 Liter air
1 cawan gula
Bahan B :
8 kpg roti
1 tin susu cair (apa2 brand pon boleyyy)
1 cawan air buah koktail
1 sk esen vanilla
1 bj telur ayam
Bahan C :
3 sb tepung kastad + 5 sb air
Cara2 membuatnya :
1. Masukkan bahan A dalam periuk dan masak sampai mendidih.
2. Blend halus bahan B dan masukkan bahan C yang telah dibancuh dengan air tadi.
3. Masukkan bahan B dan C kedalam bahan A dan masak sampai mendidih.
4. Tutup api dan bahagikan kepada 2 bahagian. (ni kalau nak buat marble). Warnakan ikut suka..
5. Tuang dalam loyang berselang-seli (macam nak buat kek marble tu) sampai habis..bila dah siap.Sejukkan..
6. Bila dah sejuk boleh hidang ngan koktail..Rasanya memang sedap...
Bahan untuk koktail:
1 tin susu cair (apa2 brand)
3 sb tepung kastad
1 tin air (guna tin susu cair tadi. Kalau suka cair letak la dalam 11/2 tin air)
6 sb gula pasir
1 tin koktail buah-buahan (balance buat puding tadi)
1 sk esen vanilla
Cara2 membuatnya :
1. Masukkan susu cair, gula, air, esen vanilla dan bancuhan tepung kastad.
2. Masak menggunakan api yang perlahan. Kacau sampai pekat.
3. Bila dah pekat, masukkan air koktail.(buahnya kemudian)..Kacau lagi bagi pekat..
4. Last sekali masukkan buah-buahan koktail tadi..Siap..
Senangkan...
Oh ya...resepi puding roti akk dapat dari Blok K1..Tapi akak ada ubah sikit2..hehehe.Minta maaf ye tuan empunya resepi....
No comments:
Post a Comment