I follow... :)

Lamb Chop buat Alif..

Tetiba lak anak bujang minta buatkan lamb chop..
aikkk..tak pernah2 makan lamb chop..tetiba nak pulak
hairan bin ajaib betul..

akk pun tanya la kenapa tetiba nak makan kambing nih??

'ntahla mama..tetiba je abang nak makan lamb chop'

laaaa...pulak..

'abang tengok buku mama beli ni, macam sedap je..mama buat la'

oooo..pandai ko mengorder ye...

kebetulan masa dia cakap tu akk memang nak ke kedai beli bahan basah
alang2 boleh beli daging kambing..

tapi akk cakap la kat dia yang hari ni..mungkin tak boleh sebab nak kene perap dulu...lagipon mama dah janji nak adik nak masak sambal tumis ikan bilis dan sup tulang untuk dia..

'hari ni mama perap, esok masak...lagi sedap..ok tak?'

'ok..tapi mama janji tau..abang balik je sekolah esok abang nak makan'

'okey laaaaaaa'

seperti yang dijanjikan kepada anak bujang ku..

inilah hasilnye...


bila dah perapkan semalaman dia punya rasa lagi ummmphhh

resepi dia..nanti akan di sertakan ye..

hari ni tenetnye problem lak..
tersangkut2..

upload gambar pon dah jadi lonjong...(betul ke ayat daku ini?)

satu je dapat upload..esok akan diupload lagi yekk

tungguuuuuuuu

:)



----------------------------------------------------

seperti yang dijanjikan,,
ni resepinye...

cekidoutttt...


LAMB CHOP
Resepi asal : Dari buku senang memasak makanan barat, Chef Hanieliza
Bahan-bahannye :-
2 keping daging bebiri
1 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 sk serbuk lada hitam
1 sb sos barbeku
1 sb sos Worcestershire

Cara-caranya :
1. Perapkan daging bebiri dengan semua bahan selama beberapa jam. (tapi nak lagi sedap, semalaman.)
2. Panaskan kuali non-stick, dan masak hingga garing. (kita masak guna api perlahan je dan tutupkan kuali tu untuk melembutkan daging tu)
3. Bila dah masak, hidangkan dengan sos lada hitam.


Untuk sos lada hitam:-
Bahan-bahannye :
Lebihan sos perapan daging bebiri tadi.
1/2 biji bawang besar (di cincang halus)
1 ulas bawang putih (di cincang halus)
2 sb serbuk lada hitam
1 sb sos tomato
1 sb sos cili
1 sk tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
1/2 cawan air 
1 sk kicap pekat
Garam
Gula
Sedikit minyak (untuk menumis)

Cara-caranya:-
1. Tumis bawang besar dan bawang putih yang di cincang tadi, hingga naik bau.
2. Masukkan air. Pastu masukkan sos tomato, sos cili, serbuk lada hitam dan kicap pekat. Kacau sebati.
3. Masukkan bancuhan tepung jagung. 
4. Bila dah pekat, masukkan garam dan gula secukup rasa. Siappp...




No comments:

Post a Comment