I follow... :)

Gerang Asam Daging Superbbb...

kalau orang Melaka memang derang tahu macamana masakan ni..masakan ni lebih kurang macam asam pedas je..

ni akk dapat tahu masakan ni, adik bongsu yang masak kat umah hari tu..
sbb opismate dia orang Melaka, so selalu jugak la dia masak Gerang Asam Daging..

1st time cuba rasa, perghh..memang sedap..tapi ya hampunnnnn
Adik akk buat teramat la podeh!!!
sampai bibir rasa da tebal cam bibir lembu....hehehehhe

dia pun sebenarnya tak makan pedas sangat, pedas2 manja je..
akk memang dari tu x berapa minat makan pedas-pedas ni,
sbb nye perut tak berapa tahan..kang asyik nak gi bank je melabur harta2 Ismet Ulam Raja..

pastu pijar pedas kat mulut tu lama..so cam kebas la pulak..
bila minum air tak sedar, air tu meleleh kat tepi..
teruk kan!!!

so akk tak puas hati la...makan tak berapa nak enjoy dek kerana kepadasan tahap gaban..
so akk repeat balik masak tu...
so ini la hasilnyee..


oh ye..resepi nye akk kopipes kat myresepi.com
Terima kasih kepada Rizalia kerana berkongsi resepi ni..Rizalia@myresepi

sedap sangat!!!

RESEPI GERANG ASAM DAGING
Bahan-bahan
( Bila dah siap masak boleh la makan utk 5 org makan )

600 gram daging tetel (daging yg berlemak sket)- akk pakai daging biasa je..
Sebiji bawang besar (ditumbuk)
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
seinci halia (ditumbuk)
seinci lengkuas (ditumbuk)
2~4 batang serai (diketuk-kalau kecik letak 4)
4 helai daun limau purut
sehelai daun kunyit
Cili kering (bila dah blend jadi 500ml kat belnder tu~4 senduk besar)
1 senduk besar minyak masak
250 ml air asam jawa (drpd segenggam biji asam jawa)
1 sudu teh biji ketumbar, lada hitam, jintan putih, jintan manis dan sebiji buah keras(disangai dan tumbuk kasar)- yang ni akk pakai yang serbuk je..             

Cara-cara

  1. Panaskan minyak masak, tumis bahan2 yg telah ditumbuk seperti bwg besar, bwg putih, halia dan lengkuas. Masukkan sekali serai yg telah diketuk dan juga rempah ratus yg telah ditumbuk.
  2. Setelah bahan2 tumis naik bau, masukkan pula cili kering yang telah dikisar tadi. Goreng sehingga pecah minyak dan garing. Masukkan pula daun limau purut dan daun kunyit.
  3. Masukkan daging yg telah dibasuh bersih dan biarkan sehingga kering air daging. Jika daging masih belum empuk, campurkan 1 liter air. Biarkan sehingga air menjadi setengah daripada tadi. (menggunakan api yg kecil)
  4. Setelah daging empuk, baru la masukkan air asam jawa dan garam secukup rasa. Masakkan ini rasanya masam2 pedas dan juga kuahnya pekat. Jadi semasa memasak selalu la merasanya tahap masamnya ye...
  5. Setelah siap, boleh dihidangkan dengan nasi panas, ulam2, telur asin dan sambal belacan.

No comments:

Post a Comment