Seperti yang dijanjikan sebelum ni...nak tepek gambar kek tu kan..
so enjoy...
Topping nye kita letak buttercream
Temanya : Dalam hati Taman...hahahhaha, boley..???
Terima kasih tak terhingga kepada
Juicycafe atas resepi ni..siap tunjuk ajar lagikkkk... akhirnye berjaya (cakap nada Nobita ye)
|
birthday boy yang sgt teruja nak potong kek.. :)
sebenarnye kek tu dah ber'takik' kene keje ngan budak tecik tuhh!!!! |
|
yummieee....moist sesangat kek ni..dan teramat la syedapnye.. |
RESEPI KEK RUSSIAN BLACK N WHITE
Kredit to :
juicy cafe
Bahan-Bahan Kek-A
1 cwn serbuk koko - ayakkan
1/2 cwn gula halus
1 cwn air panas
1/2 cwn susu cair
250 gm butter
2 cwn gula perang
4 biji telur
2 sdk esen vanilla
2 cwn tepung gandum*
2 sdk baking powder* - *satukan n ayak
Cara2nya..
1. Satukan serbuk koko, gula halus n air panas dlm periuk n masak dgn api kecil shingga bahan2 larut, angkat n sejukkn.
2. Tuang susu cair n gaul sebati, ketepikan sebentar.
3. Pukul butter n gula perang shingga kembang, masukkn telur sdkt2 bsama esen vanilla n terus pukul lg shinga rata.
4. Masukkn adunan tepung bergilir2 dgn adunan coklat, gaul secara kaupbalik shingga rata.
5. Lenserkan loyang berukuran 8 inci dgn sdkt butter, lapik kertas minyak n lenser butter sdkt lg.
6. Tuang adunan kek dlm loyang n bakar secara 'waterbath' dlm oven yg
telah dpanaskan dgn suhu 180C selama 1 jam 15 mnt atau shingga masak
mgikut oven masing2.
7. Angkat n sejukkan atas redai. Ketepikan.
Bhn2 cream cheese frosting - B
500 gm cream cheese
250 gm mascarpone
100 gm gula aising - ayakkan
1 sdb serbuk nescafe - ayakkan
Cara2nya..
1. Pukul cream cheese, mascarpone n gula aising shingga lembut n sebati.
2. Tambahkan serbuk nescafe n gaul sebati lg.
3. Masukkn separuh adunan dlm piping bag n sejukkn dlm peti sejuk dlm 15 mnt.
Bhn2 ganache utk filling - C
50 ml whipping cream
200 gm coklat compound - hiris halus
Cara2nya..
1. Panaskan whipping cream dlm periuk kecil shingga berbuih dtepi2 periuk. Tutup api n angkat.
2. Masukkn coklat compound n gaul shingga coklat larut.
3. Masukkn separuh adunan dlm piping bag n sejukkn sebentar dlm peti sejuk selama 10 mnt atau sehingga ganache sdkt keras.
Peringatan :
sejukkn adunan cheese n ganache dlm peti sejuk..biar keras sdkt agar x cair masa pipe atas kek..
Bhn2 ganache utk kek - D (buat selepas cheese mengeras)
100 ml whipping cream
300 gm coklat compound
Cara2nya..
1. Panaskan whipping cream dlm periuk kecil shingga berbuih dtepi2 periuk. Tutup api n angkat.
2. Masukkn coklat compound n gaul shingga coklat larut.
3. Tuang atas kek yg dsejukkan td.
Cara2 susunan kek..(sume gambar kredit pada juicy cafe)
|
kredit pada juicy cafe |
1. Potong kek kepada 4 bahagian, letak kek lapisan bawah atas papan kek.
2. Pipekan adunan cheese di tengah2 kek, buat sebesar saiz duit 50 sen.
3. Pipe pula adunan ganache disekeliling adunan cheese.
4. Buat seperti lingkaran ubat nyamuk, pipe pula adunan cheese
dsekeliling adunan ganache, begitu la seterusnya shingga siap satu
lapisan bawah kek.
5. Tindihkan kek lapisan kedua atas adunan yg di pipekan td.
6. Untuk lapisan kedua, pipekan ganache dahulu dtengah2 kek sebesar
duit 50 sen, kemudian di ikuti pula adunan cheese n seterusnya.
|
Kredit pada Juicycafe |
7. Lapisan ketiga pula mulakan dgn adunan cheese dtengah2 kek n di ikuti seperti langkah di atas.
|
kredit pada Juicycafe |
8. Letakkn lapisan kek yg terakhir dan sapu baki adunan cheese keseluruh bahagian kek.
9. Sejukkn dalam peti sejuk selama 1 jam atau hingga cheese mengeras.
|
Kredit pada Juicy Cafe |
10. Keluarkan kek, letak kek atas redai n tuang ganache perlahan2 shingga semua bahagian kek mengena.
11. Bole hias kek mengikut kreativiti masing2.
12. Masa nak potong kek tu, rendam pisau dalam air panas, pastu lap baru potong kek tu. Sebab cara ni akan nampak kek tu cantik je bila dah di potong. Ulang 2-3 kali step ni bila nak potong yee...