I follow... :)

Musim CREPE la pulak..

Wah!!! sekarang sana sini orang sibuk dok promote crepe ni..
bermacam2 warna dan rasa..
akk pun tak terkecuali membuat crepe ni
tengok memang terliur la. Haish, tak boleh jadik ni, kena buat gak ni..
nak tahu rasa dia macamana.

sebelum tu nak share gambar crepe yang akk buat untuk makan dan jual..

akk tak pakai durian so akk gantikan dengan inti blueberry.
pergh..memang sedap. ikut citarasa masing2 la..
sebelum ni buat guna durian anak tak berapa enjoy nak makan..
tapi bila tukar blueberry...memang mabeles, meletop kababommm..
rasa masam2 blueberry dicampur pulak rasa whipping cream tu..
so kombinasi yang menarik gak la...

sesapa yang teringin nak rasa crepe blueberry ni..jangan malu2 calling2 atau sms Puteri's Oven yekk..

ps : akak tak ambil tempahan crepe durian yek, sebab durian kat sini mahal, kalau akk amik pun takkan la nak letak isi durian tu sejemput je kan..



resepi nye leh refer kat sini resepi cikgu ani
kredit kepada beliau sebab rajin tolong ajar camne nak lipat lempeng ni..

RESEPI CREPE DURIAN
Bahan-bahannya:
2 sudu besar tepung pau (akk pakai tepung gandum je)
2 sudu besar tepung ubi kayu
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung kentang
4 sudu besar tepung naik sendiri

1 1/2 sudu besar gula castor
2 biji kuning telur
1 penutup esen vanila
1/2 tin susu cair (akk pakai susu segar jekk)
1 sudu kecil garam
Air
3 sudu besar mentega yang dicairkan
1 sudu teh pewarna kuning lemon

Bahan Filling:
Isi durian yang telah dibuang biji (akk tak pakai durian, tapi akk pakai bluberry)
1 cawan fresh cream - diputar hingga kental.

Cara-caranya:
  1. Masukkan semua bahan tepung dan yang lain kecuali mentega cair dan pewarna ke dalam blender. Tambahkan air sehingga kurang 1 inci untuk penuh blender.
  2. Kisar hingga rata. Simpan di dalam peti ais selama sejam. (Saya simpan dengan blender2 sekali.. )
  3. Selepas sejam, keluarkan dan masukkan mentega dan pewarna, kisar sekejap aje hingga rata.
  4. Panaskan non-stick pan menggunakan api yang paling perlahan. Masukkan adunan dan lenggangkan kuali supaya crepe tidak terlalu tebal atau terlalu nipis sehingga adunan likat dan biarkan hingga atasnya masak. Tak perlu terbalikkan. (Crepe ini adalah seperti kuih dadar/kuih ketayap yang lembut).
  5. Ulang langkah 4 hingga semua adunan tepung habis. Biarkan crepe sejuk..

akk punya cara plak.
cara-caranya :-

1. Satukan semua bahan kering. Gaul dengan whisk hingga sebati.
2. Masukkan, susu segar, telur dan esen vanilla. Kacau perlahan-lahan hingga semua sebati.
3. Masukkan butter/minyak jagung. Kacau lagi.
4. Masukkan pewarna yang di sukai. Kacau rata.
5. Tapiskan adunan yang sudah sebati tadi kedalam bekas lain.
6. Panaskan non-stick pan. Gunakan api yang paling kecikk sekali.
7. Masukkan adunan tadi menggunakan senduk dan lenggang hingga rata.
8. Biar crepe ni masak. Tapi jangan terbalik kan.
9. Bila dah masak, angkat dan letak atas tudung periuk ke, atau pinggan atau apa2 je.
10. Buat sampai habis. Setiap crepe ni kena alas ngan plastik supaya tak melekat antara satu sama lain.
11. Bila crepe dah sejuk baru letak inti dalam nye..(leh refer kat blog cikgu ani)

Senangkan buat crepe...Selamat meng'crepe' kan diri...

Mana hilangnya buah hati sorang ni...

Edward.....
mana la kau menghilang...puas dah kami carik tak berjumpa...
memang sedih sgt bila Edward ni hilang....
 kalau tahu dia tak suka dikurung....dah lama kami biarkan dia bebas keluar..

tapi...semua tu dah berlalu...Edward sampai hari ni masih tak di jumpai..
puas la anak2 dan En hasben meronda 1 taman ni...kelibat dia memang tak de..

ni nak share sikit peristiwa sebelum Si Edward ni hilang..
masa nak raya puasa hari tu...(2012) baru lagi la...
kami sekelurga bercuti selama 1 minggu untuk sambut hari lebaran di kampung..
selalunye kami akan balik ke kampung selama 3 hari dan pada hari ke-4 balik semula ke Nilai sebelum bertolak ke destinasi seterusnye..
sebabnye nak menjeguk anak bujang kami yang sorang ni Si Edward...takut jugak la dia kebulur...sebelum ni memang ade tinggalkan makanan untuk dia..tapi biasala...banyak la kucing jiran yang menumpang makan...


tapi kali ni kami bercadang tak nak buat seperti yang sebelum ni..sebab nak jimatkan masa...
sekurangnya2 boleh luangkan masa bersama sanak saudara di kampung...

jadik masa bulan puasa En Hasben dah pergi survey tempat yang boleh kita tinggalkan kucing...so dapat..
pekerja dia orang Indonesia..so memang En Hasben tanya habis-habisan la...
dia balik beraya ke? kalu balik, sapa yang jaga....
ye la...takut jadik macam satu pusat penjagaan kucing tu...

staff dia sume pergi bercuti, sudahnye tak de sapa yang jaga kucing2 tu...so banyak la jugak kucing yang mati....sian kucing2 tu...

derang cakap tak balik dan mereka punya asrama cuma di tingkat atas je...so memang tak jadik masalah la kalau begitu...

seperti hari yang dijanjikan...petang sebelum kami bertolak balik..pagi tu kami hantar la Si Edward tu...

masa kami hantar tu...Edward ni dalam keadaan yang sihat, gemuk dan lincah...
kalau sakit pun klinik haiwan ade je kat sebelah kedai ni...
En hasben pun dah pesan kat pekerja Indon ni, kalau kucing ni sakit..
hantar ke klinik sebelah ni...bill nye kami akan bayar..
gemuk tak budak Edward ni...
paling suka bergambar sambil lidah terjelir sikit..mengada2..

kami pun bertolak la dengan hati yang tenang..sebab anak bujang kami dah kami tempatkan di tempat yang selamat...

so tak perlu risau pasal makan minum dia....

dah puas  bercuti sakan...kami pun balik la ke Nilai...sambil mulut ni tak habis2 nak cepat sampai sebab nak tengok anak sorang ni...

En hasben bergegas la ke kedai tu sebab nak ambil anak bujang dia yang seekor ni..
tapi bila bawak balik, akk punya la terkejut sebab badan dia lemah sgt dan tersangat kurus..sedih sangat2 sebab masa kami tinggalkan dia sihat, gemuk dan lincah..
tapi sekarang.......

En hasben bagitau...pekerja Indon ni cakap Si Edward ni stress sebab berjauhan dengan kami..maklumla kucing manja...
pekerja Indon ni dah pun bawa dia ke VET..so doktor memang cakap yang Si Edward ni stress..dah masuk air, ubat bagai...
tapi still tak nak makan dan minum..

kami pun ikhtiar la macam2...masa bawak balik tu...malam tu plak dia demam..
dah la tak makan, demam lak tu...
aduhhh... akk pun try la bagi 100 plus...sebab sebelum ni kalu dia demam...kami bagi 100 plus..2-3 hari tu dia baik la..

tapi lepas kami bagi je minum 100 plus dia terus lari dari rumah..
tak balik dalam 4 hari jugak la...jenuh la anak2 ni panggil atau ketuk2 mangkuk makanan dia...tak jugak muncul..
selalunye kalau buat macam tu berdesup...macam kilat dia datang...

satu hari tu...hujan lebat sangat..Si Edward ni balik dengan basah kuyup tu. Akk punya terkejut tengok keadaan dia yang kotor, kurus kering dan basah tu..
akk pun amik tuala mandi dia...lapkan badan dia sampai kering pastu balut badan dia sebab nampak dia menggigil...ala kesiannnya Edward...

akk letak la makanan yang lembut untuk dia makan..nampak dia nahu la jugak makan walaupun sedikit...
akk biarkan dia tidur dalam rumah je. Esok pagi2 akk bangun dia dah mengiau kat depan pintu suruh bukakan..Si Edward ni keluar, akk ingatkan dia nak pergi melepas ke hapa...
rupanya itula kali terakhir akk tengok dia...

waaaa...sedihhhnya.....dah la kucing kesayangan tu..manja pulak tu..
 3 keping gambar ni akk ambil seminggu sebelum akk hantar dia ke 'asrama' dia..


port kesukaan dia bila nak tidur...
 
tapi memang nampak dia ada kelainan sikit...

yang akk ingat2 lupa perangai dia ni :-
1. makan nak kene tunggu...kalau tak tunggu, dia merajuk tak nak makan.
2. tak nak tidur kat luar. Bila nak suruh dia keluar, Edward ni akan lari ke atas duduk bawah katil..jadi kami pun biar la dia tidur dalam rumah je..
3. siang2 dia suka tidur kat sesiapa je yang tengah landing..macam dalam gambar tu..port yang paling dia suka..tidur kat punggung si Alif..
4. Masa dia banyak dihabiskan dengan tidur kat dalam rumah.Bawa pergi VET doktor cakap dia okey dan sihat...

sekarang ni baru la tahu kenapa la dia buat perangai semua ni...rupanya dia nak tinggalkan kami...

walaupun kucing ni akk ni tak hensem macam kucing persian..(Edward ni mix persian ngan kampung) kami tetap sayang Si Edward..
ditakdirkan kalau tetiba2 je Edward ni balik dengan keadaan yang tak berapa baik..akk dan En Hasben dah sepakat akan jaga dia...

kekadang tu terdengar jugak kucing mengiau seakan2 Edward ni..akk memang melilau cari...mana la tahu kan...tempang kena langgar ke..ke simbah air panas ke...tapi tengok2...kucing lain...
memang FRUST SANGAT...

tapi akk rasa Edward ni dah takde...sebab masa dia tinggalkan kami keadaan dia tak berapa baik...ntah la...
kekadang hati ni berkata2 yang Edward ni hidup lagik




Pavlova...baru nak update???

-->ni pun sama ..
buat dah lama...update baru sekarang nak buat...
sampai lupa nama kastemer..
 tapi kalo tak salah kastemer ni duduk kat Nilai Impian...

akk ade hutang balance dengan dia...
so harap2 kalo dia terbaca N3 ni calling2 la balik ye...

sebab no telepon awak dah x de dalam simpanan/rekod...


 masa nak deliver kat kastemer ni, krim dia cair sikit...mungkin sebab faktor cuaca yang panas melampau hari tu...
sebab sebelum ni, mana pavlova yang akk buat tak pernah cair krim nye..
tu yang frust sgt...sib baik kastemer ni okey...

so siapa yang nak mengorder pavlova...jgn malu jgn segan...meh la calling2 atau sms Puteri's Oven ni...